Wednesday, June 01, 2011

PPUM Clinical Posting

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya juga menamatkat latihan praktikal kami sepanjang pengajian di KoN, IIUM. Praktikal kali ni dibuat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) utk subjek Elective Posting. Disebabkan kitorang ambik "Diabetic Foot Management", maka kitorang dihantar ke wad Ortopedik & wad Perubatan. Praktikal kali ni 3 minggu je dari 9 Mei 2011 hingga 27 Mei 2011. Sepatutnya 4 minggu, tapi rayu punya rayu, minggu terkhir tu berjaya di'hazaf'kan. Hehe...lagipun sume orang dah tak semangat utk pergi praktikal dah. Sume orang nak concentrate kat exam LJM pada 15 Jun 2011 ni. All the best to KoN 48 Mutants in the exam. May we be the professional nurses that can benefit to ummah. Ameen...



berehat seketika selepas penat bekerja




muka-muka kepuasan pada hari terakhir




bergaya dengan uniform posting pada hari terakhir posting


say "good-bye" to bus & bus driver


berehat seketika melepas lelah menaiki tangga "batu cave"

Sunday, May 22, 2011

Annual Graduation Dinner 2011

Annual Graduation Dinner 2011 yg superb!!!

It's not bad. Tempat best, makan pun best & sumenye la best... Biasa la tu, sikit-sikit yg kurang & cacat tu, kira ok laa... Thank to KoN, NurSS and all committees for AGD 2011.

AGD kali ni dibuat di Bukit Gambang Resort City. Lain sikit drp yg sebelumnya sebab pihak KoN turut menjemput alumnai utk meraikannya... Turut diaraikan ialah Nurse's Day...hehe, akhirnya NurSS & KoN celebrate jugak Nurse's Day ni =)

Tema kali ni ialah black & white. Tema ni actually dipilih oleh kitorang sendiri. Waktu Prof. KZ berucap tu, dia pun bg la definisi berkaitan tema tu. Katanya, mungkin yg dimaksudkan ialah langit yg gelap & bintang yg terang. Jadi, kami ini ialah bintang-bintang yg bergemerlapan itu di langit yg kelam. Wow, menarik jugak tu...:)

aku bergaya dgn pakaian bertemakan 'black & white'

Sebenarnya, sedih gak sebab tak semua dpt join. Daripada 48 Mutants, cuma 42 je yg mampu menghadirkan diri...neway, we had joy & we had fun on that nite...

The 48 Mutants KoN

Yg paling hampeh & tak boleh blahnya, aku diundi utk "the late assignment submitter" award. Cess, sungguh tak berperikemanusiaan betul la bdk2 batch aku ni...Drp byk2 org, aku yg dipilihnya...grrrrrr (mode tak puas hati)...

my award :)

Neway, semoga ia menjadi kenangan abadi antara kami....(sedih la plak nak tinggalkan KoN ni...T__T)

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011!!!

Sempena Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kpd guru-guru, cikgu-cikgu dan ustaz ustazah yg pernah mengajar dan mendidik diri ini sepanjang proses pembelajaran saya bersama kalian di:
  1. PASTI Kupang
  2. SK Tiak
  3. SMK Agama Baling
  4. Darul Qur'an
  5. Pusat Asasi UIAM
  6. Kulliyyah Kejururawatan, UIAM
Juga kpd sesiapa yg pernah memberiku ilmu secara langsung atau pun tidak langsung :)
Semoga Allah merahmati dan membalas jasa kalian...

Di sini, saya dedikasikan lagu "Terima Kasih Guru" nyanyian kumpulan Mirwana kpd kalian =)

Friday, February 18, 2011

MANDI-MANDA

Alhamdulillah, satu lagi memori tercipta hari ni bersama-sama kawan sekelas. Mandi-manda di perkelahan Pasir Kubur. Tambahan pulak sekarang ni semester dan tahun terakhir bersama. Lepas ni, masing-masing akan membawa haluan sendiri. Oh, sedih pulak bila memikirkan semua tu.

Idea utk mandi-manda ni dicetuskan oleh Airul. Give a big credit to you..hehe. Sangat tak sabar pagi tadi. Lepas je solat Subuh, terus gerak kawan-kawan utk solat & bersiap. Tapi, diorang semua tido balik lepas solat. Eh, apahal ni??? Rupa-rupanya, nak bertolak pukul 8 pagi. Huhuhu...

Lepas je Yan sampai ke mahallah, semua orang bersiap-siap. Lebih kurang pukul 8.15 pagi kami pun bergerak. Sebelum tu, kami pakat pi beli sarapan dulu di gerai yang berdekatan.

membeli sarapan

Perjalanan ke lokasi mandi-manda mengambil masa lebih kurang setengah jam. Sampai je kat sana, masing-masing sangat excited. Memandangkan hari ni ialah hari bekerja, tempat perkelahan ni lengang sahaja. Hanya kereta kami sahaja berada di situ.

yea, hanya MBL & WRS shj yg ada

Ambik gambar lebih kurang sbg kenang-kenangan, kami pun sarapan bersama-sama. Lepas je sarapan, terus salin pakaian mandi dan terjun ke sungai. Maka, mandilah kami dengan riangnya. Nak berenang macam kat kolam renang tu, tak boleh la sebab ada aruskan. Ikut arus boleh la...hehe...

apa-apa pun, kita sarapan dulu

Macam-macam la aktiviti yg budak-budak ni buat. Baling batu la, tengok sapa yg batunya paling banyak loncatan. Kemudian, tangkap ikan guna baju la. Bertuah la nak dapat. Kalau expert tak pe la jugak...hehe...


mandi sampai tak ingat dunia

Lebih kurang pukul 11 pagi, kami pun bersiap-siap utk pulang. Makan keropok yg Nuaim bawa dan tangkap gambar utk diabadikan sbg kenangan pada masa hadapan. Sampai je kat bilik, semuanya penat. Maka katil pun menjadi pilihan utk melepaskan lelah...zzzZZZzzz

We had joy and we had fun today. InsyaAllah, semoga persahabatan kami akan berkekalan walaupun tidak lagi akan bersama selepas ini.