Friday, February 18, 2011

MANDI-MANDA

Alhamdulillah, satu lagi memori tercipta hari ni bersama-sama kawan sekelas. Mandi-manda di perkelahan Pasir Kubur. Tambahan pulak sekarang ni semester dan tahun terakhir bersama. Lepas ni, masing-masing akan membawa haluan sendiri. Oh, sedih pulak bila memikirkan semua tu.

Idea utk mandi-manda ni dicetuskan oleh Airul. Give a big credit to you..hehe. Sangat tak sabar pagi tadi. Lepas je solat Subuh, terus gerak kawan-kawan utk solat & bersiap. Tapi, diorang semua tido balik lepas solat. Eh, apahal ni??? Rupa-rupanya, nak bertolak pukul 8 pagi. Huhuhu...

Lepas je Yan sampai ke mahallah, semua orang bersiap-siap. Lebih kurang pukul 8.15 pagi kami pun bergerak. Sebelum tu, kami pakat pi beli sarapan dulu di gerai yang berdekatan.

membeli sarapan

Perjalanan ke lokasi mandi-manda mengambil masa lebih kurang setengah jam. Sampai je kat sana, masing-masing sangat excited. Memandangkan hari ni ialah hari bekerja, tempat perkelahan ni lengang sahaja. Hanya kereta kami sahaja berada di situ.

yea, hanya MBL & WRS shj yg ada

Ambik gambar lebih kurang sbg kenang-kenangan, kami pun sarapan bersama-sama. Lepas je sarapan, terus salin pakaian mandi dan terjun ke sungai. Maka, mandilah kami dengan riangnya. Nak berenang macam kat kolam renang tu, tak boleh la sebab ada aruskan. Ikut arus boleh la...hehe...

apa-apa pun, kita sarapan dulu

Macam-macam la aktiviti yg budak-budak ni buat. Baling batu la, tengok sapa yg batunya paling banyak loncatan. Kemudian, tangkap ikan guna baju la. Bertuah la nak dapat. Kalau expert tak pe la jugak...hehe...


mandi sampai tak ingat dunia

Lebih kurang pukul 11 pagi, kami pun bersiap-siap utk pulang. Makan keropok yg Nuaim bawa dan tangkap gambar utk diabadikan sbg kenangan pada masa hadapan. Sampai je kat bilik, semuanya penat. Maka katil pun menjadi pilihan utk melepaskan lelah...zzzZZZzzz

We had joy and we had fun today. InsyaAllah, semoga persahabatan kami akan berkekalan walaupun tidak lagi akan bersama selepas ini.