berhalaqah sambil berta'aruf
Alhamdulillah, hari ini telah berjaya utk berpuasa sunat Khamis. InsyaAllah, akan cuba utk membiasakan diri berpuasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari dlm sebulan. Puasa sebagai suatu medan utk menundukkan nafsu. Sekurang-kurangnya ia berjaya mendidik hati ini utk lebih taqarrub kpd Allah swt.
Alhamdulillah, pd ptg tadi juga telah bersama-sama ikhwah lain untuk ifthar jama'ie. Ifthar jama'ie tu maksudnya berbuaka puasa secara beramai-ramai. Ifthar jama'ie pd ptg tadi dibuat di Pejabat IKRAM Pahang. Walaupun kehadiran kurang memberangsangkan sekalipun hebahan telah dibuat, tahniah kpd ikhwah-ikhwah yg berjaya menghadirkan diri. Bagi ikhwah-ikhwah yg tidak hadir, maka kita bersangka baik sahaja. Mungkin mereka mempunyai keuzuran. Bukankah selemah ukhuwah itu adalah berlapang dada sesama saudara kita.
Kehadiran para ikhwah ke lokasi sekitar pkl 6.30 ptg. Program kali ini bersifat santai shj. Tujuannya utk beramah mesra dan saling berukhuwah. Ikhwah masing-masing membawa makanan berat sendiri. Buah dan air disediakan oleh ikhwah yg diamanahkan utk tugas tersebut. Sistem 'pot luck' digunakan. Maka pelbagai resepi boleh ditemui. Ada yg membawa nasi goreng, ada yg membawa nasi ayam dan ada juga yg membawa nasi putih berlauk.
Tepat pukul 7 ptg, masuk waktu berbuka. Maka semua ikhwah menikmati juadah yg disediakan. Makan dalam talam. InsyaAllah, akan mengeratkan silaturrahim yg sedia ada. Sambil makan, sambil beramah mesra. Bertanya perihal keluarga, akademik dan sebagainya. Oh, indahnya berukhuwah krn Allah.
Selesai santapan berbuka puasa, ikhwah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Kemudian berada di dlm halaqah, sedikit peringatan dari akh Aizuddin. Seterusnya, saling berta'aruf dan akhirnya salam wida'. Alhamdulillah, program selesai sekitar pukul 8 malam. Semoga program ini akan lebih menguatkan ukhuwah sesama ikhwah.
~Ukhuwah Teras Kegemilangan~
No comments:
Post a Comment