Semalam, 27 November 2010, aku bersama-sama dgn coursemate (Airul, Nuaim & Asyraf) berjalan-jalan menghabiskan waktu pada hari Sabtu ini. Punya la xtaw nak pi mana. Bangun pun dah tengah hari. Lepas mandi terus pi lunch kat cafe Mahallah Farouq.
Lepas solat, terus naik kereta pi stesyen LRT Gombak. Kena la cas RM3 utk parking kereta. Sume berbayar dah skrg ni.
Hajat kitorang nak pi Low Yatt. Aku plan nk beli mp3. Yg lain-lain tu tak tahu la apa hajat diorang. Turun kat Dang Wangi, naik Monorail plak pi stesyen Imbi.
aik, ada beckham kat Low Yatt??
Jalan-jalan sambil survey apa yg nak dibeli. At last, aku & Asyraf je yg beli something. Aku berjaya la membeli mp3 yg sekian lama berangan nak beli. Asyraf plak berjaya la beli earphone yg diidam-idamkan itu.
ni muka budak-budak yg kebuloq..=)
Lepas tu, terus kitorang bergegas ke stesyen LRT Damai. Ada kawan ajak pergi ke Turkey's House. Ada BBQ. Apa lagi, rezeki jgn ditolak. Free plak tu..hehe. So, lbh kurang pukul 6 kitorang sampai kat situ.
ni je yg sempat sentap...dtg lambat sikit je..:(
Makan-makan & berkenalan dgn beberapa foreigner kat situ. most of them can speak Malay. Good!! Tak sesia la duk kat Malaysia ni kan. Solat Maghrib kat situ & ada sedikit perkongsian.
Antara hadirin yg hadir
Lepas habis perkongsian tu, kitorang pun bergambar la sekejap.
Bersama salah seorang Turkish..they call him Fathi abi
Then, kitorang pun balik la menuju ke IIUM Gombak Campus. Sekian shj aktiviti utk hari tu....=)
No comments:
Post a Comment