Hajat di hati hari ni nak pi SP, nak pi beli tiket ketapi..Ye la, nak pi KL jumaat ni coz ada program hari sabtu & ahad tu. Transport plak xde kat rumah, so, pinjam la motor kat sepupu.
Nak dijadikan pengalaman kot, perjalanan yg sungguh mencabar hari ni. Menghabiskan wang, tenaga & masa. Huhuhu :(
Tak sampai separuh lagi perjalana, motosikal plak buat hal. Tetiba je mati & tak nak hidup balik. Terpaksa la menolak sejauh 1 km jugak rasanya. Nasib baik ada kedai pomen.
Repair punya repair, x jumpa punca plak. Dalam dok mencari punca tu, dua tiga kali jugak la pomen tu balik rumah cari brg...
Lama jugak la dok tunggu siap motosikal ni. Ada dlm sejam lebih gak. Pukul 2.30 ptg baru boleh meneruskan perjalanan yg tertangguh tu. Sambil dok tunggu tu, sempat lg pekena laksa & air berkarbonat kat kedai sebelah tu..hehehe..
aku minum air berperisan oren tu..:)
Dah siap baiki, nak bayar la. OMG, kena RM 46. Mujur la ada duit RM 50 dlm dompet tu. Jarang aku bawa duit banyak2 dlm dompet ni. Besenya nak pakai baru cucuk. Bayar je la...
Then, teruskan perjalanan ke SP. Stesyen ketapi dulu arah yg dituju. Alhamdulillah, tiket ada. Kelas kedua, katil lg...tido je la sepanjang perjalanan nanti...hehehe
Tiket ketapi aku (mcm ni la rupanya coz surver down)
Pastu, terus cari masjid utk solat (lambat giler solat sbb surau kt stesyen tu berkunci). Lepas solat, plan mcm nak pi RFC. Dalam dok nak cari RFC tu, boleh plak sesat. Rasa mcm tau je kat mana, tp mcm mana blh sesat pun tak tau la...haru betul..huhu
Finally, jumpa gak jalan yg lurus..hehehe. So, terus beli yg Combo A. Banyak kot. Tak larat aku nak makan sorang2. Memang hajat di hati nak beli utk sepupu sepapat pun..=)
Ni la RFC yg aku beli tu
Lepas beli, terus balik. Jauh gak perjalanan ku rasa. Lenguh belakang, kebas bontos. Dengan hujan renyai2 lagi.
Sampai rumah, terus melantak. Baca doa, then makan.
RFC dipanaskan di dlm ketuhar
No comments:
Post a Comment