Finally~~~oncology posting di PPUKM selama 2 minggu telah pun berakhir...yeappie..=) Banyak suka duka sepanjang posting ni dari 22hb Nov 2010 - 3 Dec 2010.
Penempatan kitorang kat UIAM Kampus Gombak. So, kitorang stay kat sini la sepanjang posting ni. Jauh jugak la nak berulang alik dari Gombak ke Cheras tu. Kalau bas pagi tu, tak pernahnya awal. Hasilnya, sampai kat PPUKM pun lambat la jugak. Kesian kat budak2 shift pagi, terpaksa la menebalkan muka masuk ke wad. Yg office hour, tak pe la. Masuk kerja pukul 8 pagi.
Di hadapan blok kediaman
Yang tak bestnya, kitorang dpt bilik tah ape2 tah. Memang tak best laa. Jauh panggang dari api. Meleset dari apa yang dijangkakan.
- bilik sempit (patut duk 2 org je, tp sumbat katil double decker ngan 4 meja lg)
- plug pun ada 1 je (kitorang mana bawa extension..dah dok bayang sorang satu compartment..hampess)
- kotor plak tu (terpaksa la kitorang bergotong royong membersihkan bilik tu..buang apa2 yg tak patut)
- katil plak suka duk berkeriut (gerak sikit je bunyi...)
- banyak nyamuk plak tu...(sepanjang 2 minggu tu, x pernah lena pun tidur..asyik terjaga je)
Yang tak best & tak puas hatinya jugak, bas selalu datang lambat. Especially, pagi la. Kitorang cakap pukul 6.30 pagi bergerak dari UIA, tapi pukul 6.40 pagi tak nampak rupa lagi...hishhh. Menurut driver bas tu, mmg nature UIA Gombak mcm tu, kalau janji pukul 6.30 pagi, mungkin pukul 7 pagi @ 7.30 pagi baru penumpang2 ada. No wonder la driver2 ni suka datang lambat. Diorang ingat kitorang budak UIA Gombak. Hishh, teruk betul la perangai bdk2 UIA Gombak ni. Kena ubah tu attitude & behaviour yg mcm tu. Ada sekali tu, hari Isnin (29 Nov) bas pulak tak datang. Rosak katanya. Apa punya reason daaa...Tak puas hati betul aku. Aku mmg tak percaya la ngan reason tu. Apa kat UIA Gombak ni ada satu je ke bas. UIA Kuantan pun ada 5-6 biji buah bas.Akibatnya, bdk yg shift pagi tak pergi posting la hari tu disebabkan kesengalan pengurusan yg tah apa2 ni.
Menunggu bas ketika suasana masih lagi gelap
Bas yg dok ulang alik UIA Gombak - PPUKM
So, 1st day kat PPUKM tu kena orentasi dulu. Dibawa round ke tempat posting oleh Ketua Jururawat. Sebelum tu ada meeting tergempar gak la...hehe, hampir2 tak dapat posting kat situ.
Sesi orentasi bersama Ketua Jururawat
Meeting tergempar...alahai, sampai ke sini meetingnya..sigh
Anyway, clinical posting kali ni, kitorang dibahagikan ke tiga tempat, Radiation therapy (RT), Day care dan Oncology Ward. Posting kat RT 2 hari, day care 2 hari & clinic sehari je. Kat ward pulak, posting selama seminggu. Kalau kat clinic & RT tu boring banyak la...takde menda boleh dibuat. Juz duk perati & terpacak je kat situ. Tapi, yg bestnya boleh merayau-rayau & boleh balik hostel awal...ngee~~~
Tak ketahuan akibat kebosanan di clinic
Emphaty tak aku??? Saje nak rasa mcm mana sakitnya kena insert branula
Kat day care & ward, banyak juga la boleh belajar & buat. Ambik darah, insert branula, prepare medication & serve to patient, sembang2 ngan patient, bagi chemo drug kat patient dsb. Kalau kat ward tu, kalau takde mende, kitorang lepak kat bilik tutorial sambil sembang2 & belajar sikit (kononnya). Kat ward ni, ada sorang patient yg boleh buat magic. Suka betul tengok dia buat magic.
Persediaan sebelum nak bagi chemo drug
Kena pakai spek mata ni sebelum nak bagi chemo drug
Alhamdulillah, we already finished Oncology posting for two weeks. Many knowledge & experience that we get and InsyaAllah, we will use them for the sake of the ummah.